antologi-lasykar-puisi-alam-melayu

Antologi Lasykar Puisi Alam Melayu

  • Author
  • : Mohd Faradi Mohamed Ghazali dkk
  • Edisi
  • : Cetakan Pertama
  • Kota
  • : Kuala Nerus Malaysia
  • Tahun
  • : 2021
  • ISBN
  • : 978-967-19463-0-5
  • Penerbit
  • : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI (FALCOM)
  • Dibaca
  • : 25 Kali

    Abstract

    Antologi Lasykar Puisi Alam Melayu

    --

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera Pertama kali saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FALCOM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas penerbitan buku digital yang bertajuk Antalogi Lasykar Puisi Alam Melayu (Kompilasi Puisi Negara Serumpun Nusantara). Penerbitan buku digital ini adalah buah tangan istimewa yang julung kalinya dihasilkan dalam kalangan FALCOM dan ia merupakah manifestasi kecaknaan pelajar terhadap pemerkasaan bidang kesusasteraan. Penganjuran program bertaraf antarabangsa ini dengan menghimpunkan karya puisi dari lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand merupakan pendekatan yang mampu mengantarabangsakan nama UniSZA di peringkat nasional dan antarabangsa. Rentetan itu juga ia sejajar dengan misi UniSZA untuk ‘Melahirkan Insan Holistik dengan nilai-nilai Naseem, melalui pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi dalam memperkasakan masyarakat’, di samping seiring Moto universiti ‘Ilmu Demi Faedah Insan’ Keterlibatan dan hasil usaha ini turut dilihat sebagai memenuhi beberapa elemen Naseem iaitu ilmu, kepimpinan, kolaborasi, transformasi dan inovasi yang merupakan imej perubahan baharu diperkasakan oleh UniSZA. Secara tidak langsung ia menjana kegemilangan modal insan keluaran UniSZA dalam menghadapi transformasi Revolusi Industri 4.0, malah berupaya memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Saya yakin usaha penerbitan buku digital ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada semua warga UniSZA, khususnya kepada warga Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk terus berusaha memperkasa perkembangan ilmu dan penyelidikan pada masa mendatang. Tenun songket beroles suasa, Dipakai arjuna buat hiasan; Julang ilmu perkasa bahasa, Tanda pertiwi dipasak warisan.

    E-Book Terkait